TIGA lelaki warga Malaysia berusia antara 28 hingga 47 tahun ditahan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura semalam, kerana disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.
“Anggota PCG melakukan rondaan sekitar jam 2.05 petang sebelum mengesan sampan tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun,” kata kenyataan polis, hari ini.
Apabila dihampiri, pengemudi sampan itu memecut menuju ke arah perairan Malaysia.
“Pegawai pengawal pantai mengejar sampan berkenaan yang kemudiannya melakukan beberapa pergerakan berbahaya selain turut melanggar bot PCG dua kali sebelum berjaya dihentikan.
Baca artikel lain: Rompakan Hat Yai: Warga emas dipercayai rakyat Malaysia ditahan Polis Thai
“Dua lelaki dari sampan terjatuh ke laut akibat insiden itu, namun berjaya naik semula ke atas sampan,” menurut kenyataan itu.
Seorang anggota PCG dilaporkan cedera ringan.
Selain ditahan kerana menceroboh, lelaki berusia 28 tahun yang mengemudi sampan itu juga disiasat atas kesalahan lain, termasuk navigasi secara melulu dan gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sampan dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

