Wanita tular curi beg duit pelanggan di Pasar Siti Khadijah diburu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita yang dipercayai mencuri beg duit milik seorang pelanggan yang sedang membeli-belah di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, semalam sedang diburu polis.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosli Daud meminta orang ramai yang mengenali wanita tersebut untuk membantu siasatan polis.

Pada masa sama, beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau wanita yang dipercayai berusia 50-an itu untuk memberi kerjasama dengan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Sebarang maklumat berkenaan individu (dalam rakaman) boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berdekatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu, Sarjan Mohd Syawal Abd Mutolib di talian, 014-6775994 atau 09-7752242,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tiga penjenayah warga asing ditembak mati: Dua lagi rakan masih bebas diburu

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 3 saat menunjukkan tindakan wanita tersebut yang mencuri beg duit milik seorang pelanggan.

Rakaman video tersebut menunjukkan suspek pada awalnya memerhatikan gerak-geri mangsa yang ketika itu sedang membeli barangan di Pasar Besar Siti Khadijah itu.

Suspek kemudiannya mendekati mangsa dari arah belakang dan bertindak menyeluk beg tangan dan melarikan beg duit milik mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This