DUA lagi rakan sejenayah kepada tiga warga asing yang mati ditembak di Desa Vista, Sepang, awal pagi semalam sedang diburu pihak polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, siasatan lanjut juga sedang dijalankan mengenai kegiatan kumpulan penjenayah itu yang bergiat aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah.
“Kes masih dalam siasatan manakala dua lagi saki-baki penjenayah yang masih bebas sedang diburu polis,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Semalam, media melaporkan tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya mati ditembak di Desa Vista, Sepang.
Baca artikel lain: Polis buru tiga penjenayah samun RM46,000 dari hab syarikat kurier di Meru
Dalam operasi pada 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menjalankan rondaan bertembung dengan tiga lelaki memakai pakaian gelap dan bertopeng sebelum mereka bertindak menyerang polis dengan menggunakan parang.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernama berkata bagi mempertahankan diri dan memastikan keselamatan, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 40 tahun itu disahkan mati di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati semua suspek bergiat aktif dalam jenayah samun dan pecah rumah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.
Suspek dianggap ganas dan berbahaya kerana tidak teragak-agak mencederakan mangsa yang cuba menghalang kegiatan mereka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

