Pelakon lelaki didakwa belasah kekasih

Dari Penulis

PELAKON lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita berkenaan.

“Polis ada menerima laporan berhubung kejadian, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.

Terdahulu, mangsa memuat naik pendedahan menjadi mangsa pukul, malah pernah dicekik oleh aktor berusia 30-an terbabit sewaktu menjadi kekasihnya.

Wanita berkenaan memuat naik pendedahan itu di Instagram dan berkongsi beberapa foto memaparkan kecederaan dialaminya akibat keganasan dilakukan pelakon berkenaan.

Dia turut berkongsi gambar kecederaan di bahagian mata dan badan yang didakwa dilakukan aktor terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This