UUM tubuh dua jawatankuasa khas insiden pelajar maut dihimpit bas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menubuhkan dua jawatankuasa khas susulan insiden seorang pelajar meninggal dunia akibat parah dihimpit bas, kelmarin.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata, dua jawatankuasa khas itu adalah Jawatankuasa Siasatan Kemalangan bagi menyiasat kejadian melibatkan dua bas itu dan Jawatankuasa Integriti Penilaian Perkhidmatan Bas Kitaran Kampus.

Menurut beliau, Jawatankuasa Siasatan Kemalangan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap punca kejadian.

Mohd Foad memaklumkan, siasatan itu bagi memastikan segala aspek berkaitan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Bagi Jawatankuasa Integriti Penilaian Perkhidmatan Bas Kitaran Kampus, beliau berkata, jawatankuasa itu bertanggungjawab bagi menilai semula tahap kecekapan, pematuhan peraturan, integriti serta keberkesanan pengurusan perkhidmatan pengangkutan dalam kampus.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden tersebut. UUM sentiasa komited bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warganya termasuk pelajar menjadi keutamaan.

“UUM juga menyediakan bantuan kebajikan dan sokongan kaunseling kepada rakan-rakan serta keluarga mangsa yang terkesan dengan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: KPT pandang serius kejadian penuntut UUM maut dihimpit bas – Zambry

Sementara itu, Mohd Foad mewakili UUM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar tersebut.

“UUM berkongsi kesedihan yang amat mendalam dengan keluarga Muhamad Karim.

“Kehilangan seorang pelajar yang sedang meniti kejayaan adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada universiti dan negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pelajar Semester Empat Sarjana Muda Pemasaran UUM, Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, maut dalam kemalangan membabitkan dua bas berlanggar di hadapan perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Alor Setar, pada pukul 8.45 pagi, Sabtu lalu.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Manarina disahkan meninggal dunia akibat kecederaan lebam pada jantung (cardiac contusion) yang berpunca daripada hentakan kenderaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This