Operasi bawa pulang warga UUM di Hatyai pagi ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

OPERASI untuk membawa pulang pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir di Hatyai sejak Sabtu lalu dijadual dilaksanakan pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan UUM dalam hantaran di Facebook.

Menurut UUM, usaha tersebut akan dilakukan oleh pihak Konsulat Malaysia di Thailand dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Marilah sama-sama kita berdoa, agar perkara ini dapat dilaksanakan esok, 27 November (hari ini),” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerusi hantaran berkenaan, UUM memberitahu telah menggerakkan 12 bot dengan bantuan NGO, sebelum ini.

Katanya, kesemua bot itu digerakkan untuk memberi bantuan makanan dan keperluan asas kepada pelajar UMM di Hotel Wangburapa Grand, Hatyai itu.

Baca artikel lain: Banjir di Hatyai: 40 warga UUM turut terkandas, hotel dinaiki air

Bagaimanapun, arus deras menyebabkan bot tersebut telah berpatah balik.

“Berbanding di tempat lain, hotel tempat penginapan pelajar UUM itu adalah berdekatan dengan sungai.

“Ketinggian paras air telah melebihi satu tingkat hotel berkenaan yang tidak memungkinkan laluan kenderaan kereta atau lori,” katanya.

Sebelum ini, UtusanTV melaporkan seramai 36 pelajar UUM bersama empat pensyarah pengiring turut dilaporkan terkandas di Hatyai, Thailand susulan banjir kilat yang melanda wilayah tersebut sejak Sabtu lalu.

Kesemua warga UUM dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TIISA-UUM) itu berada di Hatyai bagi menyertai program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This