Pelajar, pensyarah UUM terkandas akibat banjir di Hatyai berjaya diselamatkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand sejak Sabtu lalu berjaya diselamatkan hari ini.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Menurut Zambry, kesemua pelajar dan pensyarah UUM itu berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, mereka akan dibawa ke penempatan sementara sebelum proses membawa pulang ke Malaysia dilaksanakan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Luar; Kedutaan Besar Malaysia di Thailand; Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla; pihak berkuasa Thailand; pasukan penyelamat tempatan serta pihak pengurusan UUM.

Baca artikel lain: Operasi bawa pulang warga UUM di Hatyai pagi ini

“Penghargaan diberikan atas koordinasi yang amat berkesan dalam memastikan operasi menyelamat itu dapat dijayakan dengan selamat dan teratur.

“Semoga urusan seterusnya dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pagi tadi, UUM dalam hantaran Facebook memaklumkan bahawa operasi untuk membawa pulang pelajar dan pensyarahnya yang terkandas akibat banjir dijadual dilaksanakan hari ini.

Usaha tersebut akan dilakukan oleh pihak Konsulat Malaysia di Thailand dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebelum ini, UtusanTV melaporkan seramai 36 pelajar UUM bersama empat pensyarah pengiring turut dilaporkan terkandas di Hatyai, Thailand susulan banjir kilat yang melanda wilayah tersebut sejak Sabtu lalu.

Kesemua warga UUM dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TIISA-UUM) itu berada di Hatyai bagi menyertai program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This