SEORANG lelaki disahkan maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Bandar Serenia, Salak Tinggi, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.
Katanya, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 6.33 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikerah ke lokasi kejadian.
“Komander operasi melaporkan, kemalangan melibatkan sebuah Myvi yang terbabas dan melanggar tiang papan tanda.
“Mangsa seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

