PELAKON dan penyanyi Tamil terkenal negara, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, semalam.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memaklumkan, siasatan awal mendapati Sivakumar dan ibunya masing-masing berusia 48 dan 76 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 11 kondominium berkenaan.
Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah hari.
“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti namun siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut,” katanya.
Baca artikel lain: Polis kenal pasti penunggang motosikal jadi punca pelajar maut di George Town
Mengulas lanjut, Aidil berkata, mayat Sivakumar dan ibunya itu telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran dengan segera bagi membantu siasatan.
Sivakumar Jayabalan mula mencipta nama menerusi program nyanyian realiti Astro Paadal Thiran pada tahun 2006 dan kemudiannya turut aktif sebagai pengacara termasuk di platform beli-belah Astro Go Shop.
Mendiang pernah mendirikan rumah tangga namun perkahwinan itu tidak berkekalan. Hasil perkahwinan tersebut, mendiang dikurniakan seorang anak lelaki.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

