Komuniti MADANI perlu faham isu 3R, tangkis fitnah dan berita palsu – Fahmi

Dari Penulis

KOMUNITI MADANI mesti menjadi komuniti yang memahami isu melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum, serta mampu berperanan menangkis fitnah dan berita palsu berkaitan kerajaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam merealisasikan hasrat itu, Komuniti MADANI diingatkan supaya mengesahkan terlebih dahulu suatu maklumat sebelum disebarkan kepada masyarakat sekali gus mampu memainkan peranan sebagai penyampai perkara yang betul.

“Jangan normalisasikan salin maklumat dan terus sebar tanpa semak kesahihan. Sebar berita palsu boleh masuk penjara, sebar benda tidak betul boleh kena denda besar, jadi kita beri peringatan.

“Beritahu masyarakat jangan mudah percaya dengan maklumat diterima, kita mahu (Komuniti MADANI) yang boleh menyampaikan perkara betul,” katanya pada Sesi Bual Bicara Program Pemukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah 2025, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Julina Johan, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj dan Pengarah Japen Sabah Jainisah Mohd Noor.

Sesi Bual Bicara itu disertai kira-kira 500 ahli daripada 109 Komuniti MADANI dari seluruh Sabah.

Komuniti MADANI merupakan badan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang ditadbir urus Japen.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dengan taktik terbaharu scammer atau penipu yang menggunakan pautan seperti jemputan perkahwinan.

“Ada individu yang menghantar satu pautan kononnya jemputan kenduri anaknya tetapi apabila saya minta tangkap layar jemputan itu, dia minta klik pautan terbabit.

“Saya minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) cari dia, individu itu terus padam link terbabit…jadi saya nasihat tolong berhati-hati, scammer sekarang sangat licik,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This