Penganggur mengaku salah bunuh ibu bapa disahkan waras ketika kejadian

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa seorang penganggur yang mengaku bersalah membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di Kampung Sungai Penchala, berada dalam keadaan waras ketika melakukan kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah memaklumkan kepada Hakim K.Muniandy bahawa berdasarkan laporan perubatan psikiatri daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bertarikh 7 Februari 2025, beliau berpendapat Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 44, tidak menghidap penyakit mental dan semasa kejadian pada 9 Dis 2023, keadaan mental lelaki itu adalah waras.

“Tertuduh sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya itu serta mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan terbabit adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang.

“Keadaan mental tertuduh adalah stabil pada tarikh laporan ini ditulis. Tertuduh layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu untuk membela diri,” kata Izalina pada prosiding sebutan kes itu.

Sementara itu, peguam Mohd Ruzaini Zulkifli yang mewakili Afendi mengesahkan mengenai laporan perubatan itu dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengakuan bersalah anak guamnya diteruskan.

Izalina kemudian memohon tarikh lain untuk fakta dan hukuman memandangkan barang kes tidak dibawa pada prosiding hari ini.

Hakim Muniandy menetapkan 20 Mei ini untuk fakta dan hukuman.

Baca artikel lain: Penuntut kolej warga Nigeria tak mengaku gigit telinga koperal sampai putus

Pada 27 Nov 2024, Hakim Muniandy memerintahkan Afendi menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi memastikan pengakuan bersalah yang dibuat pada 6 September 2024 adalah dalam keadaan waras serta sukarela.

Afendi didakwa membunuh Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan Darlisma Njatu Saleh, 72, di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, pada 7.10 malam dan 7.20 malam, 9 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan mayat suami isteri warga emas ditemukan di ruang tamu kediaman mereka dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh selepas berlaku pergaduhan antara lelaki berkenaan dengan ibu bapanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia perkasa pekerja hadapi era AI, 1.49 juta berjaya ditempatkan dalam pekerjaan

MALAYSIA menegaskan kecerdasan buatan (AI) mesti berfungsi untuk membantu manusia, bukannya menggantikan mereka, ketika negara memperhebat pelbagai inisiatif latihan,...

More Articles Like This