Presiden Kosovo akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Dari Penulis

PRESIDEN Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu berlepas ke Brunei hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala.

Majlis pelepasan rasmi diadakan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut menyaksikan kawalan kehormat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Osmani dan delegasinya ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Osmani tiba pada Khamis sekali gus menandakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan pada 4 April 2021.

Pada Jumaat, Osmani diberi sambutan rasmi, diikuti mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemuncak lawatan itu ialah penyampaian anugerah awam tertinggi Kosovo, Order of Independence kepada Anwar.

Anugerah itu pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Kosovo kepada individu yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan negara berkenaan.

Baca artikel lain: Anwar kongsi video lawatan Presiden Kosovo di Malaysia

Kerajaan Kosovo juga menyampaikan anugerah itu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengiktiraf sumbangan Allahyarham semasa detik penting dalam sejarah negara berkenaan.

Dalam sidang media bersama pada Jumaat, Anwar berkata Malaysia kekal komited untuk menjalinkan kerjasama dengan Kosovo melangkaui hubungan diplomatik konvensional, merangkumi bidang perdagangan, pelaburan serta kerjasama lebih meluas antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Osmani berkata Kosovo bersedia untuk memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan keselamatan dengan Malaysia yang diterjemahkan menerusi pembukaan kedutaan di Kuala Lumpur.

Osmani turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Malaysia dan menyifatkan hubungan kedua-dua negara tidak sekadar dibina melalui diplomasi tetapi juga berdasarkan nilai kebersamaan seperti perpaduan, martabat dan kepelbagaian.

Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008 sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.

Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (USD6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (USD5.5 juta) serta import RM2.63 juta (USD550,000).

Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This