Presiden Kosovo tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari

Dari Penulis

PRESIDEN Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari yang juga adalah kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021.

Osmani, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1 KLIA), Sepang dengan penerbangan komersial, disambut mesra oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kompleks Bunga Raya pada 5.25 petang.

Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Nafis Norshid.

Menurut Wisma Putra, Osman akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok yang disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca artikel lain: Presiden Kosovo lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia, perkukuh hubungan dua hala

Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memfokus kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor utama termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pertukaran antara rakyat Malaysia dan Kosovo.

Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.

Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008 sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.

Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (USD6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (USD5.5 juta) dan import RM2.63 juta (USD550,000).

Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit,produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This