Presiden Kosovo lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia, perkukuh hubungan dua hala

Dari Penulis

PRESIDEN Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu, akan mengadakan lawatan rasmi sulung ke Malaysia mulai esok hingga Ahad, satu detik penting dalam hubungan dua hala sejak beliau memegang jawatan pada April 2021.

Sempena lawatan itu, Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Presiden Osmani akan diberikan sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, sebelum mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perbincangan akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan dan kesalinghubungan antara rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025.

Presiden Osmani dan delegasinya yang terdiri daripada pegawai kanan Kabinet Presiden Kosovo, akan di raikan Anwar dalam satu majlis makan tengah hari rasmi di Seri Perdana.

Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008, menjadikannya antara negara Asia pertama berbuat demikian.

Wisma Putra berkata hubungan diplomatik antara kedua-dua negara secara rasmi dimeterai pada 18 Mac 2011.

Pada 2024, jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (AS$6 juta), dengan eksport Malaysia ke republik itu bernilai RM25.92 juta (AS$5.5 juta) dan import sebanyak RM2.63 juta (AS$550,000).

Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan keluaran kilang, manakala import dari Kosovo merangkumi bahan mentah dan batu separa berharga.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This