Buaya betina seberat 410kg ditangkap di kebun kelapa sawit

Dari Penulis

SEEKOR buaya betina seberat 410 kilogram (kg) berjaya ditangkap penduduk Kampung Parit Gantong Laut, Taman Nira selepas dikesan berada di sebuah kebun kelapa sawit, pagi tadi.

Pemilik kebun Azmil Sahman, 38, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika beliau sedang mengait buah sawit dan ternampak seekor haiwan yang disangka biawak sedang menuju ke arah parit berhampiran.

“Selepas diamati, saya sedar ia adalah buaya. Saya terus memanggil penduduk kampung dan kami bersama-sama menangkap haiwan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Baca artikel lain: MOTAC bincang tambah penerbangan terus ke Arab Saudi – Tiong

Menurut Azmil kejadian seumpama itu pernah berlaku tiga tahun lalu dan ketika itu, penduduk memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nur Eddy Paiman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia sepanjang 4.5 meter itu pada jam 10.30 pagi.

“Buaya berkenaan sudah berjaya ditangkap orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Haiwan tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This