JABATAN Latihan Khidmat Negara (JLKN) menegaskan tidak memberi kuasa atau melantik mana-mana individu dan kumpulan untuk bertindak sebagai ejen bagi mencari pembida dalam tender Kerajaan bagi pihaknya.
JLKN dalam kenyataan hari ini menasihatkan mana-mana syarikat yang ingin membida tender kerajaan supaya mendapatkan semua maklumat tender dan sebut harga melalui portal ePerolehan (https://www.eperolehan.gov.my/).
“Portal ePerolehan merupakan gerbang utama bagi perolehan Kerajaan Malaysia yang memaparkan iklan dan keputusan tender. Syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan tawaran tender mereka secara terus kepada Kementerian/Jabatan tanpa penglibatan mana-mana ejen atau pihak ketiga,” jelas kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, syarikat yang dihubungi mana-mana individu atau kumpulan yang mendakwa menjadi ejen perolehan untuk JLKN boleh mendapatkan penjelasan terus daripada Unit Perolehan JLKN.
Tegas kenyataan itu, syarikat yang mempunyai keraguan juga boleh membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.
“Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Unit Perolehan, Bahagian Kewangan JLKN di talian 03-4013 3642 | emel: [email protected],” jelas kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

