Nahas FRU: Pemandu lori mengaku tak bersalah

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lepas.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Bagi pertuduhan pertama, Rudi Zulkarnain sebagai pemandu lori telah memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian sarjan s Perumal, 44, di KM15 Jalan Sungai Manik pada 9.05 pagi, 13 Mei.

Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama menyebabkan kematian Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit Ak Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, di tempat masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes di mahkamah selesai selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Francais Sinappan memohon jaminan minimum atas alasan mempunyai pendapatan RM2,500 sebulan dan menghidap penyakit asma.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan seperti dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This