GURU-GURU yang telah mendidik anak bangsa disifatkan sebagai wira sejati yang membentuk masa depan Malaysia.
Dalam ucapan sempena Hari Guru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, guru sentiasa berjuang di medan ilmu bagi memastikan misi pendidikan negara tercapai.
Menurut beliau, semangat guru-guru sentiasa tinggi menjulang sekali gus menjadi tunjang utama negara.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita, mendidik kita dan menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi MADANI.
“Teruskan lah misi menyemai ilmu dengan tulus dan tekad. Kami semua menjadi saksi betapa besarnya jasa guru, andalah wira sejati yang membentuk masa depan Malaysia,” katanya dalam video ucapan yang dimuat naik ke Facebook, hari ini.
Video ucapan interaktif sempena Hari Guru itu turut menyelitkan watak animasi popular tempatan, Ejen Ali.
Baca artikel lain: Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala – PM
Sementara itu, dalam hantaran sama, Perdana Menteri berkata, guru merupakan insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja tetapi setiap hari sentiasa menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang.
Katanya, setiap guru merupakan seorang satria yang sabar membentuk akhlak dan teguh mempertahankan nilai.
“Dalam kehidupan ini, siapa pun kita sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira.
“Maka, sempena Hari Guru ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik.
“Tugas kita belum selesai kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan.
“Ia adalah amanah yang berterusan, dari satu generasi ke generasi seterusnya demi meneruskan pembinaan masyarakat MADANI,” katanya.
Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2025 kali ke-54 diadakan di Kuching, Sarawak bermula Rabu hingga hari ini bertemakan ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

