Kempen internet selamat di 344 sekolah – Teo

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi akan menjelajah ke 344 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melalui Kempen Internet Selamat sepanjang Mei hingga Ogos ini, dalam usaha memupuk kesedaran mengenai keselamatanĀ siber dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata setakat ini, kempen berkenaan berjaya dilaksanakan di sembilan sekolah rendah.

ā€œHasrat kami adalah untuk pergi ke sebanyak mungkin sekolah rendah, sekolah menengah dan juga kampus universiti.

ā€œJika pihak sekolah atau universiti berminat … bolehlah hubungiĀ pihak kementerian. Memang semua sekolah diĀ Malaysia adalah sasaranĀ kami, tetapi bergantungĀ kepada kerjasama pihak sekolah sama ada mereka izinkan kami masuk atau tidak,ā€ katanyaĀ pada program Diabetes Day 2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini,Ā 

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah melantik 196 pelatih di bawah program Train the Trainers yang bertindak selaku jurucakap semasa pelaksanaan Kempen Internet Selamat dan akan berkongsi kepada peserta mengenai buli siber, keselamatan dalam talian dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian usia mereka.

ā€œKita akan mereka bentuk pengisian modul kursus itu mengikut usia peserta. Bagi sekolah menengah mungkin kita berkongsi dengan mereka bagaimana untuk tidak menyalahgunakan teknologi dan bagi pelajar di kampus pula mungkin kita akan fokus kepada job scam,ā€ katanya.

Sebelum ini, pelaksanaan kempen berkenaan dilaporkan bakal diadakan di lebih banyak sekolah rendah, dan menengah serta universiti awam di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Diabetes Day 2025 anjuran UPM menerusi Asian Medical Students’ Association – UPM diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan holistik terhadap penyakit diabetes dengan komuniti.

Program bertemakan ā€˜Positive Steps Towards Health’ itu memberi tumpuan kepada aspek pencegahan diabetes, inovasi dalam kesihatan digital serta pemerkasaan ekonomi dan kepimpinan wanita.

Teo turut menjadi seorang daripana panel dalam forum khas yang membincangkan peranan pemakanan dalam pengurusan diabetes serta cabaran kesihatan awam berkaitan pesakit diabetes.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This