Malaysia ucap selamat pulang‬‭ Fu Wa dan Feng Yi

Dari Penulis

PASANGAN panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi, hari ini secara rasmi dihantar pulang ke China setelah berada di Malaysia sejak 21 Mei 2014 bagi memenuhi‬‭ terma‬‭ perjanjian‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭.

Majlis bersejarah di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Dr Ching Too a/l Kim dan‬‭ wakil‬ Duta Besar China ke Malaysia.

NRES menerusi kenyataan memaklumkan projek‬‭ kerjasama‬‭ itu‬‭ merupakan‬‭ simbol‬‭ persahabatan‬‭ erat‬‭ antara‬ Malaysia‬‭ dan‬‭ China‬‭ yang‬‭ menyokong‬‭ aspek‬‭ kemampanan‬‭ di‬‭ bawah‬ tonggak‬‭ Malaysia‬‭ MADANI.‬‭

“Malaysia‬‭ akan‬‭ terus‬‭ komited‬‭ bekerjasama‬‭ dengan‬‭ China‬‭ dalam‬‭ pemuliharaan‬‭ spesies‬‭ Giant‬‭ Panda‬ dan‬‭ kerjasama‬‭ ini‬‭ diharap‬‭ dapat‬‭ mengukuhkan‬‭ lagi‬‭ hubungan‬‭ kedua-dua negara dalam aspek diplomatik dan ekonomi,” menurut NRES.

Malaysia‬‭ juga mencatatkan pencapaian‬‭ luar‬‭ biasa‬‭ dalam‬‭ konservasi‬‭ ex-situ‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ kelahiran‬‭ tiga‬‭ anak‬‭ panda‬‭.

Ketiga-tiga‬‭ anak‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ daripada‬‭ pasangan‬‭ tersebut‬‭ iaitu‬‭ Nuan‬ Nuan‬‭ telah‬‭ dihantar‬‭ pulang‬‭ ke‬‭ China‬‭ pada‬‭ 14‬‭ Nov‬‭ 2017‬‭, diikuti  Yi‬‭ Yi‬‭ dan‬‭ Sheng‬‭ Yi‬‭ pada‬‭ 29‬‭ Ogos‬‭ 2023, selaras dengan terma perjanjian.

‭Menurut NRES, projek‬‭ Kerjasama‬‭ Antarabangsa‬‭ Konservasi‬‭ Giant‬‭ Panda‬‭ dengan‬‭ China diteruskan‬‭ melalui‬‭ pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ pada‬‭ 16‬‭ April‬‭ lepas bersempena‬ ‭ lawatan negara Presiden‬‭ China Xi Jinping‬‭ ke‬‭ Malaysia.‬

“Pemeteraian‬‭ perjanjian‬‭ baharu‬‭ ini‬‭ membolehkan‬‭ Malaysia‬‭ menerima‬ sepasang‬‭ panda‬‭ gergasi‬‭ baharu‬‭ untuk‬‭ tempoh‬‭ 10‬‭ tahun‬‭ dari‬‭ 2025‬ hingga‬‭ 2035, dan Malaysia‬‭ dijadual‬‭ menerima‬‭ kehadiran‬‭ sepasang‬‭ panda gergasi baharu tahun ini,” menurut NRES. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This