Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Ipoh

Dari Penulis

SEORANG warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Lorong Tebing Tinggi 2, Kampung Tebing Tinggi di Ipoh awal pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah terbabit. 

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 2.35 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

“Sebaik tiba, kebakaran melibatkan sebuah rumah musnah terbakar sebanyak 90 peratus dan komander operasi mengarahkan pasukan bomba untuk melakukan teknik RECEO, satu aliran hos 0.3 meter dengan dua pancutan dari tangki jentera. 

“Mangsa ditemukan rentung ketika proses pemeriksaan dan pemadaman susulan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 5.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This