PKR perlu rangka program, dekati pengundi muda menjelang PRU16 – Nurul Izzah

Dari Penulis

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) perlu memperkasa jentera dan mendekati rakyat dengan merangka program kemasyarakatan, khususnya bagi pengundi muda untuk meraih sokongan golongan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata kaji selidik yang dijalankan menunjukkan 68 peratus orang muda tidak meminati politik, justeru parti mempunyai peranan untuk mendepani cabaran tersebut.

“Kita faham, mereka (pengundi 18 tahun) undi berdasarkan pilihan kawan, kalau dulu mereka dengar mak ayah undi parti A, dia hendak undi parti C, mereka tak nak ikut, mahu jadi rebel. Ini juga cabaran yang akan kita hadapi.

“Bila bercakap dalam konteks masalah 68 peratus pengundi muda tidak minat dengan politik, maksudnya kita kena pastikan program masyarakat itu menjadi sebati dengan jiwa,” katanya ketika berucap pada Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Zon Utara malam tadi.

Turut hadir Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek merangkap Menteri Pendidikan dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Baca artikel lain: Dasar luar Malaysia bolehkan negara jalin kerjasama tanpa tekanan – Mohamad

Nurul Izzah yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR sesi 2025-2028 juga mahu ahli parti tidak melupakan sejarah parti itu yang sentiasa kalis dan berdepan dengan pelbagai cabaran sejak ia ditubuhkan pada 4 April 1999.

Ditanya mengenai cadangan berdebat dengan pesaingnya Datuk Seri Rafizi Ramli, beliau berkata lebih fokus untuk berjumpa dengan akar umbi parti tersebut dalam tempoh berbaki lima hari lagi untuk pemilihan parti.

Pengerusi MPN Pulau Pinang itu juga berkata beliau mahu memberi fokus kepada PRU16 dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang disifatkannya lebih penting berbanding pemilihan parti.

Pemilihan PKR menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Rafizi manakala Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tanpa dicabar.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This