Nahas FRU: Pemandu lori diikat jamin – Polis

Dari Penulis

PEMANDU lori yang didakwa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lepas diikat jamin pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata jaminan berkenaan dibayar oleh majikannya sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

“Pemandu lori ini akan diberi jaminan mahkamah dan majikannya telah membayar wang jaminan sebanyak RM 6,000 dengan seorang penjamin.

“Orang Kena Tuduh (OKT ) akan dibebaskan hari ini dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Dasar luar Malaysia bolehkan negara jalin kerjasama tanpa tekanan – Mohamad

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, selepas dituduh memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia gagal membayar ikat jamin itu menyebabkan tertuduh ditahan di lokap hingga pagi tadi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This