2 lelaki maut tercampak, Avanza terbabas dalam parit

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DUA lelaki maut selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna yang dinaiki selepas terbabas ke dalam sebuah parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.20 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza telah terbabas dan masuk ke dalam parit.

“Dua mangsa lelaki tempatan telah tercampak dari kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah kedua-dua mangsa masing-masing berusia 69 dan 53 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This