VOL I : Nikmat teh kepada badan dan minda

Dari Penulis

MASIH ramai masyarakat di luar sana yang tidak mengetahui hebatnya the dalam hidup seharian. Cara pembuatan teh yang sangat mudah menutup mata masyarakat tentang khasiat teh.

Ramai yang tidak menyedari Kesan positif selepas meminum teh. Adakah anda sedar, secawan teh setiap hari mampu menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.

Buktinya, baru-baru ini pakar teh terkenal di dunia telah membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan, dengan tumpuan kepada manfaat tehanine dan flavonoid teh.

Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh mampu membaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.

Sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan teh sebagai salah satu gaya hidup. Tidak kira dalam apa jua hidangan sama ada the kosong, teh susu atau teh hijau. Hidangan tersebut semuanya mempunyai khasiat tersendiri.

Khasiat teh dapat dilihat daripada kesan positif dari segi psikologi iaitu pengambilan the mempengaruhi mood secara positif. Kesan ini bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian yang baru menyarankan bahawa teh juga dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imun kita.

Peningkatan mood adalah kaedah yang sesuai untuk mengekalkan kesejahteraan kita. Kajian menunjukkan bahawa mood, sering dianggap kualiti subjektif, serta boleh diukur dengan berkesan. Ini adalah satu perkembangan yang menarik; ia membolehkan kita mengukur Kesan rangsangan luar ke atas mood kita.

Kesan positif ke atas mood kita bukan sahaja membuatkan rasa ceria, tetapi beberapa kajian yang baru menyarankan bahawa teh juga dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imun kita.  Peningkatan mood adalah kaedah yang sesuai untuk mengekalkan kesejahteraan kita.

Cara untuk menikmati teh

✔ Bila anda memerlukan minuman yang mencerdaskan minda di pejabat, secawan teh kosong, sama ada sejuk atau panas berasap, pasti akan membuat anda rasa cerdas!

✔ Cara mudah untuk memulihkan kesegaran diri anda pada petang yang panas ialah dengan menambah sehiris lemon, sedikit gula dan kuib ais ke dalam teh biasa anda untuk mendapatkan secawan teh ais lemon

✔ Jika anda tidak suka lemon, cuba teh berperisa seperti teh epal. Anda masih boleh menikmati segala kebaikan teh dalam secawan teh berperisa kegemaran anda. Untuk menambah khasiat kesihatan, rebus teh anda dengan hirisan halia untuk menikmati teh halia yang menenangkan.

✔ Anda juga boleh menikmati minuman teh dengan cara Malaysia sejati dengan menyediakan secawan teh susu berkrim atau tambah kuib ais untuk rasai penangan ‘Teh Ais’!

✔ Jika anda suka kesederhanaan, cubalah secawan teh hijau panas sambil bersantai dan mendengar muzik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This