Anwar puji daya tahan luar biasa ASEAN hadapi cabaran sistem perdagangan global

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kekukuhan daya tahan ASEAN yang luar biasa walaupun menghadapi tekanan terhadap sistem perdagangan global, yang sebahagian besarnya adalah hasil daripada pelbagai pencapaian kumpulan itu, termasuk penubuhan Komuniti Asean, dan lebih penting lagi keupayaannya untuk menyelesaikan pelbagai isu secara kolektif.

“Pencapaian ini menawarkan rasa optimis baharu dan keyakinan bagi ASEAN, yang terbit daripada daya tahan luar biasa berlatarbelakangkan perkembangan global yang semakin kompleks dan membimbangkan,” kata Anwar, yang merupakan Pengerusi semasa bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, hari ini.

Berucap di hadapan rakan pemimpin perkumpulan 10 negara itu, beliau berkata Malaysia berbesar hati untuk mempengerusikan ASEAN tahun ini, yang merupakan tahun yang sangat penting.

Baca artikel lain: Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 : Harapan dan Kekecewaan

“Satu dekad berlalu sejak penubuhan Komuniti ASEAN, mengundang refleksi dan pembaharuan, (dan) pada masa yang sama, kita akan menerima pakai Visi 20 tahun yang berpandangan jauh ke hadapan, menuntut komitmen tidak berbelah bahagi dan keazaman kolektif kita,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia ASEAN 2025 yang menampilkan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

“Memang jelas, peralihan dalam aturan geopolitik sedang berlangsung, dan sistem perdagangan global semakin tegang, dengan pengenaan tarif unilateral Amerika Syarikat baru-baru ini,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This