KERAJAAN Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) di Melaka perlu mengambil serius isu berkenaan penarikan sijil halal terhadap dua hotel lima bintang di Melaka.
Ketua Pembangkang Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, walapun pihak Exco kerajaan negeri telah memaklumkan penarikan sijil halal tersebut, tetapi tidak dimaklumkan hotel mana yang terlibat.
Mohd Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban mendakwa, hotel tersebut juga tidak dikenakan sebarang kompaun terhadap perlanggaran syarat sijil halal malah diberi diberi kebenaran untuk memohon semula sijil halal.
“Kenapa terlalu ‘rendah’ taraf sijil halal itu dinilai? Dalam persijilan halal menerapkan prinsip Halalan Toyyiban dalam proses, penyediaan, bahan dan alatan.
“Maka isu halal ini perlu diangkat setaraf dengan undang-undang yang dikenakan kepada premis-premis yang tidak bersih dan mendatangkan kemudaratan kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd Yadzil berkata, sijil halal Malaysia menjadi kebanggaan negara apabila ia diiktiraf selain turut dijadikan rujukan oleh banyak negara luar.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengakui sendiri pengiktirafan Persijilan Halal Malaysia dan ia tidak sepatutnya dipandang rendah nilainya.
“Bukan hanya memberi manfaat kepada pengguna Muslim, tetapi juga menarik minat pengguna bukan Muslim yang mementingkan aspek kebersihan dan kualiti dalam produk yang mereka beli.
“Persijilan halal menjadi menarik minat kepada banyak pengusaha kerana bukan sahaja memberi jaminan kepada kualiti produk malah meningkatkan ‘brand value’ produk untuk menarik minat pembeli terutama pengguna Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk Malaysia,” katanya.
Mohd Yadzil menambah, sebagai Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri yang beragama Islam, Kerajaan Negeri Melaka perlu mengambil serius dalam hal ini.
Katanya, kekuatan Jabatan Agama Islam Melaka Bahagian Pengurusan Halal itu sendiri perlu diambil berat.
“Dengan jumlah kakitangan tidak lebih 20 orang, diagihkan kepada beberapa unit untuk mengawal dan memantau hampir 400 produk, premis, hotel adalah sangat membebankan.
“Kakitangan dalam unit ini perlu ditambah keanggotaannya untuk memastikan setiap pemantauan berkaitan dengan persijilan halal dibuat secara berkesan. Jika tidak, persijilan halal ini hanya dilihat seperti logo tanpa erti yang akhirnya tidak mencapai hasrat sebenar persijilan halal,” ujar beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
raJangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

