NAIB Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah menggunakan namanya dalam bentuk kenyataan media.
Ia selepas penularan satu kenyataan media di WhatsApp kononnya dikeluarkan Ramanan berhubung peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi membidas tindakan segelintir pihak yang yang disifatkannya cukup terdesak untuk kepentingan politik.
Menurut Ramanan, sebarang kenyataan media yang rasmi hanya akan dikeluarkan melalui pejabatnya atau melalui platform media sosial rasminya.
Beliau juga meminta semua pihak untuk lebih berhati-hati dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Seperti mana yang disarankan semasa membuat ucapan penggulungan saya di Kongres Nasional Keadilan minggu lepas, gejala penyebaran bahan-bahan fitnah semakin berleluasa.
“Anggota parti (PKR) perlu melawannya dengan tindakan yang drastik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Ramanan tekad pastikan PKR terus jadi peneraju perubahan
Penularan kenyataan media palsu itu antara lain kononnya Ramanan menyifatkan peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi sebagai bukti nyata kesuburan demokrasi PKR.
Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan serta mengundurkan diri sebagai anggota Kabinet.
Ia susulan kekalahan mereka dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.
Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa kalah dalam pemilihan sebagai Naib Presiden.
Rafizi mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025, manakala Nik Nazmi pula berkuat kuasa pada 4 Julai 2025.
Namun kedua-duanya menghabiskan baki cuti tahunan bermula pada 28 Mei sehingga Jun dan Julai depan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengesahkan bahawa Anwar telah menerima surat dan meluluskan permohonan cuti daripada kedua-dua menteri itu.
Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengulas mengenai pengunduran diri mereka daripada menganggotai Kabinet dan sebarang keputusan akan dimaklum semula.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

