Pikap masuk gaung, bapa dan anak maut tersepit

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BAPA dan anak perempuannya terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki enam sekeluarga terbabas ke dalam gaung di Jalan Labis-Segamat dekat Kampung Kwongsai, di Segamat, semalam.

Mangsa, Mohd Fitri Md Said, 38, dan anaknya dikenali Nurin Insyirah, 9, yang terperangkap di bawah kenderaan jenis Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Zainal Abidin Che Deraman berkata, pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.47 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira sembilan kilometer dari balai.

“Dua mangsa masing-masing lelaki dan kanak-kanak tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik selepas dipercayai terbabas ke dalam gaung.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan hidrolik serta peralatan lain bagi menstabilkan kenderaan sekali gus membolehkan mangsa dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu katanya, isteri dan tiga lagi anaknya mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Jenazah kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This