Junjung kasih titah Agong, politik harus jadi medan penyatuan bukan perpecahan – Ramanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GELANGGANG politik seharusnya menjadi medan penyatuan dan harapan, bukannya menjadi platform perpecahan.

Sehubungan itu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan pemimpin supaya tidak mempolitikkan isu-isu sensitif.

Menurut Ramanan, titah Sultan Ibrahim yang disifatkan tepat pada masanya itu perlu dijadikan pedoman utama oleh semua pemimpin tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.

Beliau berkata, setiap tindakan dan pertuturan pemimpin masyarakat perlu berpandukan kepada prinsip keharmonian, tolak ansur dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat sejajar kedudukan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, Malaysia dibina atas asas persefahaman.

“Saya menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang menitahkan supaya isu sensitif tidak dijadikan alat politik.

“Ini adalah satu peringatan berdaulat kepada semua pemimpin supaya kita tidak sesekali menggadaikan perpaduan demi kepentingan politik sempit.

Baca artikel lain: Agensi penguatkuasaan junjung kasih titah Agong jalan tugas penuh integriti

“Saya menggesa semua pihak supaya menghormati semangat perlembagaan dan menjunjung titah Tuanku demi masa depan Malaysia yang aman dan bersatu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut memberi jaminan yang beliau akan terus memainkan peranan aktif dalam membawa politik khidmat dan penyelesaian, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menjunjung titah Tuanku, rakyat tidak mahu lagi melihat politik kebencian yang memecah-belahkan masyarakat.

“Inilah masa untuk kita kembali kepada politik nilai dan kesatuan,” katanya.

Sultan Ibrahim, hari ini mengingatkan pemimpin masyarakat supaya tidak bermain politik atas isu sensitif, yang akan menimbulkan perbalahan dalam masyarakat dan menggugat kestabilan negara.

Ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi 2025 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda di Istana Negara, hari ini, Sultan Ibrahim bertitah apabila wujud lagi banyak parti politik atau kem dalam parti, maka rakyat akan lebih berpecah-belah dan benci-membenci antara satu sama lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This