Selamat tinggal sahabat. Tempat kau hanya di dalam kubur

Dari Penulis

SI SUTERA memandang jelik si kain kafan sambil berkata: “Lihatlah, hanya orang kenamaan yang membeliku. Hargaku mahal, tinggi nilainya. Tidak seperti kau yang hanya ditempah oleh orang masjid!”

 Si kafan hanya diam, tidak mahu bertelagah dengan temannya itu. Sebentar lagi, mereka berdua akan dihantar oleh pemilik kedai kepada pembeli. Si sutera dibeli oleh orang kaya manakala si kafan dibeli seorang ustaz.

“Aku ucapkan selamat tinggal untuk kau kafan. Kan tak lama kau akan masuk ke dalam kubur. Ha ha ha…” sutera mentertawakan sahabatnya itu.

 “Terima kasih, temanku,” balas kafan.

 “Aku kesian tengok nasib kau kafan. Sekadar kain murahan yang digunakan untuk membalut mayat. Lainlah seperti aku. Disarung untuk dibanggakan si pemakainya pada tatapan mata mata yang melihat. Berbeza sungguh standard kau dan aku,” kata sutera sengaja mahu menyakitkan hati si kafan.

 “Tak mengapa. Aku tetap bangga menjadi kain murahan begini,” jawab kafan tenang.

“Huh! Apa yang nak dibanggakan? Tak lama lagi kau akan dibawa ke kubur menaiki keranda. Kemudian ditanam dalam lubang yang gelap. Setakat itu duniamu. Sedangkan aku akan merasa naik kereta mewah, dibawa berjalan ke serata tempat menarik. Bermacam-macam orang akan melihat dan memujiku,” balas sutera angkuh.

Sedikit pun kafan tidak melenting terhadap rakannya itu. Sebaliknya sekadar menjawab, “Tak mengapa aku naik keranda. Aku bahagia kerana dalam perjalanan itu, orang akan melafazkan tasbih, tahmid, doa dan takbir. Dengan itu, jenazah yang memakaiku akan tenang di dalam keranda. Aku juga tidak sabar menunggu masuk ke dalam kubur  untuk bertemu malaikat. Ketika itu, aku akan menjadi saksi saat manusia yang memakaiku bersoal jawab dengan malaikat itu.”

Sutera masih tidak puas hati dengan jawapan tenang si kafan. Dengan sombongnya dia berkata lagi: “Tak payah nak bangga sangatlah kafan. Kau akan masuk tanah jadi pembungkus bangkai manusia dan bertemankan cacing saja. Baumu busuk dengan kapur barus sedang aku akan sentiasa disembur wangian mahal!”

 “Aku lebih suka begitu. Malah, aku rasa lebih bertuah dari kau. Tahu kenapa? Kerana aku tidak akan berasa sakit untuk digunting dan dijahit. Aku juga tidak akan terseksa dicuci, diperah berulang kali. Dan aku juga tidak akan berpanas di bawah terik mentari atau menahan seksaan seterika untuk melicinkan kulitku. Untukmu sahabat, pesanku supaya kau bersabar melalui semua penderitaan yang aku sebutkan tadi,” pesan si kafan pula.

Sutera mula sakit hati mendengar bicara rakannya itu seraya menjawab, “Alah, pepatah mengatakan bersakit dahulu, bersenang kemudian. Setakat penderitaan yang kau beritahu itu, aku tak kisah. Setelah melaluinya, aku akan menjadi busana yang mengagumkan. Sedangkan kau? Hanya ditelan bumi bersama bangkai manusia. Tempat kau hanya untuk dalam kubur. Jauh berbeza dengan aku!”

Dengan tenang, si kafan menjawab: “Wahai sahabat, lupakah kau tentang sikap manusia? Mereka cepat berasa bosan. Entah dua bulan, enam bulan, setahun atau dua tahun sebelum mereka mulai bosan denganmu. Kemudian, setelah warnamu pudar, jahitanmu koyak, kau akan dicampakkan begitu saja. Sama ada kau dijadikan kain buruk untuk mengelap kekotoran, atau mungkin juga kau akan terus dilempar ke dalam longgokan sampah yang busuk. Lebih kejam jika mereka kemudian membakarmu bersama longgokan sampah itu…”

Belum sempat si kafan menghabiskan bicaranya, si sutera tiba-tiba menjerit, “Arghhhhhhhhhhhh!  Sudah! Jangan cakap lagi. Aku tak mahu dengar!”

Sabda Rasulullah s.a.w. – “Pakailah pakaian yang putih dari pakaianmu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu, dan kapankanlah mereka yang telah mati di kalangan kami dalam kain putih itu juga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This