LPG bersubsidi: Langkah bernas kerajaan selesai isu ‘perut’ rakyat

Dari Penulis

BARU-BARU ini, heboh diperkatakan berhubung kononnya Kerajaan Perpaduan tidak lagi membenarkan penjaja dan peniaga terutama penjualan makanan menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.

Fitnah yang bertebaran kononnya peniaga kecil tidak lagi boleh menggunakan tong LPG bersubsidi berwarna hijau dan perlu beralih kepada penggunaan tong LPG kegunaan komersial berwarna ungu yang lebih mahal harganya.

Maka berbondong-bondonglah kata makian dan kecaman ditujukan kepada kepemimpinan Kerajaan Perpaduan yang didakwa tidak ‘pro-rakyat’.

Kecaman itu berterusan sedangkan umum terlupa bahawa langkah mewajibkan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB) menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan 2021) itu telah dilakukan hampir empat tahun lalu.

Ketika itu, kerajaan yang mentadbir negara dan meminda peraturan sedemikian bukanlah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Justeru, apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali hari ini tampil mengumumkan bahawa perniagaan makanan serta minuman mikro dibenarkan untuk terus menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa PBKB, ia umpama pucuk dicita ulam mendatang.

Langkah yang diputuskan Jemaah Menteri hasil syor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu ternyata bukan sahaja memberi manfaat buat peniaga mikro tetapi juga untuk rakyat.

Menurut Armizan, kebenaran itu diberikan sehingga pindaan dilakukan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan 2021) dimuktamadkan.

Baca artikel lain: Peniaga mikro makanan boleh terus guna LPG subsidi tanpa permit hingga peraturan dipinda

Armizan berkata, pihaknya menjangkakan pindaan itu akan dapat dimuktamadkan sebaik sahaja Operasi Gas Memasak (Ops Gasak) selesai pada 31 Oktober depan.

Lebih penting, Armizan ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, antara teras kepada pindaan yang akan dibuat adalah mengambil kira keperluan peniaga jualan dan minuman berskala mikro serta kecil secara bersasar.

Pada masa sama, ia juga bagi mewujudkan kejelasan undang-undang untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan.

Ternyata keputusan itu dibuat dengan timbang rasa yang amat tinggi khususnya untuk peniaga mikro dan juga rakyat umum bagi mengurangkan peningkatan kos sara hidup.

Tanpa menyalahkan sesiapa, langkah terbaharu ini bagi membetulkan keadaan terhadap pindaan PPKB pada tahun 2021 itu adalah tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berlaku.

Mengambil analogi Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh yang merujuk Makcik Kiah kepada peniaga kecil, mungkin Makcik Kiah itu yang menjual nasi lemak atau pisang goreng boleh menarik nafas lega.

Ia kerana kerajaan hari ini mendengar rintihan rakyat, bukan melanggar membabi buta tanpa mempedulikan kebajikan rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This