MCMC diarah pantau jualan cecair vape dalam talian – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk meneliti dan membuat pemantauan terhadap penjualan cecair vape termasuk yang dipercayai mengandungi dadah sintetik yang dijual secara dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, ia kerana penjualan cecair vape atau rokok elektronik itu dilihat semakin berleluasa secara dalam talian.

Pada masa sama, kata beliau, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga akan meneliti aspek sama ada penggunaan vape akan diharamkan secara total di negara ini.

“Hal ini ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Menteri Kesihatan akan meneliti.

“Pada masa sama, saya akan mengarahkan MCMC untuk meneliti jualan produk-produk seperti itu dalam talian.

“Kita dapati banyak daripada jualan ini berlaku dalam platform seperti Facebook dan ada juga dijual melalui WhatsApp.

“Sudah pasti sebarang tindakan penguatkuasaan kelak akan melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca artikel lain: ‘Terima kasih ‘wira senyap’ Tan Lee Bee’ – Fahmi

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, MCMC akan menyediakan laporan hasil daripada pemantauan berhubung penjualan cecair vape itu secara dalam talian.

“Ini (penjualannya adalah) di bawah bidang Kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dan dalam konteks Kementerian Komunikasi melalui MCMC kita sedang buat pemantauan dan Insya-Allah MCMC akan sediakan laporan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, sebelum ini menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan aktiviti penjualan dadah sintetik bagi kegunaan vape itu menerusi beberapa siri serbuan.

Justeru, Ayob Khan meminta kerajaan negeri supaya mengambil tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape yang kini menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

Beberapa negeri sebelum ini sudah menguatkuasakan larangan penjualan produk berkenaan termasuk di Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis serta Kedah.

Larangan penjualan berkenaan mengakibatkan pihak penjual kini mula mengaktifkan serta menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan penjualannya kepada orang ramai termasuk pelajar sekolah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This