Aidiladha: Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

Dari Penulis

ALIRAN trafik di lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar pagi ini menjelang sambutan Aidiladha, esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik ke Pantai Timur dan menghala ke selatan dari ibu kota masih lancar setakat 10 pagi tadi, namun dijangka sesak menjelang tengah hari ini.

Bagaimanapun, katanya kesesakan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dari arah Bidor ke Tapah susulan pertambahan kenderaan.

Baca artikel lain: PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kenderaan sempena Aidiladha

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di dua pintu masuk di sempadan Pasir Puteh, Kelantan-Terengganu dalam keadaan lancar setakat 9 pagi tadi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This