Lokasi nahas UPSI telah dikenal pasti dinaik taraf tahun ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LOKASI kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kelmarin telah dikenal pasti sebagai antara seksyen di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) bagi kerja-kerja baik pulih, tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerja baik pulih itu melibatkan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Pada masa sama, kata beliau, pelbagai inisiatif telah diambil pihaknya bagi membaik pulih laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 itu.

Menurut Alexander, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan di FT04 pada Jun 2023.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk menaik taraf laluan Gerik-Jeli pada bulan Ogos tahun yang sama.

“Peruntukan ini telah digunakan bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di beberapa seksyen kritikal FT04.

Baca artikel lain: Nahas UPSI: Pemandu ada 18 rekod saman, bas miliki 21 saman

“Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah turapan semula jalan, pembaikan perabot jalan, pembaikan jambatan dan pembaikan lampu jalan atau lampu isyarat merangkumi kedua-dua arah laluan.

“Semua kerja telah disiapkan secara berperingkat antara Julai hingga Ogos 2023 melibatkan kos sebanyak RM55.73 juta berdasarkan tahap kerosakan jalan yang dinilai melalui Pavement Condition Assessment (PCA) di FT04,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, sejumlah RM7.2 juta juga telah diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai kerja pembaikan di beberapa seksyen lain di laluan itu pada tahun 2024.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kementerian akan memberikan komitmen penuh dalam memastikan infrastruktur jalan raya adalah selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya.

“Dalam masa yang sama, perlu saya tekankan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua termasuklah pengguna jalan raya,” katanya.

Kelmarin, 15 pelajar UPSI maut selepas bas dinaiki mereka dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Alza sebelum terbabas dan terbalik berhampiran Tasik Banding, Gerik kira-kira jam 1 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keputusan bina loji kuasa nuklear dipertimbang selepas semua prasyarat dipenuhi

SEBARANG keputusan berhubung pembinaan loji jana kuasa nuklear hanya akan dipertimbangkan setelah semua prasyarat berkaitan dipenuhi. Pada masa sama, Timbalan...

More Articles Like This