Sambutan Hari TVET memberangsangkan, sasaran 150,000 pengunjung dijangka dicapai

Dari Penulis

SAMBUTAN Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 yang bermula semalam meriah dengan kehadiran 41,830 pengunjung setakat 8 malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus memberi gambaran positif sasaran 150,000 pengunjung dapat dicapai.

“Kita harap lebih ramai akan datang dan kita pelawa orang ramai, khususnya pelajar serta peminat bidang teknikal hadir untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai potensi TVET pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Terdahulu, beliau yang diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kepimpinan negeri melawat lebih 50 reruai pameran.

Acara julung kali yang diadakan di Melaka bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya” itu dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Turut bakal dilangsungkan ialah Majlis Pelancaran Inisiatif Program TVET Berimpak Tinggi: Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber.

Sepanjang tiga hari sambutan, pelbagai acara menarik akan dianjurkan termasuk seminar, bengkel serta pertandingan berasaskan inovasi, teknologi dan teknikal.

Sebanyak 12 kementerian turut terlibat dalam penganjuran kali ini, antaranya Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Hari TVET Negara 2025 juga menampilkan penglibatan empat tunjang utama dalam bidang berkenaan, iaitu industri, institusi, badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This