Keterbukaan, komitmen PDRM kukuh sinergi bersama Kementerian Komunikasi – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETERBUKAAN, komitmen serta semangat ditunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkukuh sinergi bersama Kementerian Komunikasi.

Penghargaan itu dinyatakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi menyifatkan pertemuan itu telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai pelbagai isu keselamatan semasa.

Menurut beliau, isu keselamatan itu khususnya melibatkan jenayah siber, penyebaran berita palsu serta keperluan memperkukuh keselamatan dalam ruang digital negara.

“Saya amat menghargai keterbukaan, komitmen serta semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh Tan Sri dan seluruh warga PDRM dalam memperkukuh sinergi bersama Kementerian Komunikasi.

“Usaha berterusan ini amat penting demi memastikan persekitaran dalam talian kekal selamat, beretika dan bebas daripada ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Terima kasih atas segala sokongan Tan Sri. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dalam setiap urusan,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Baca artikel lain: PDRM siasat pegawai rendah ajak wanita ‘check-in’ hotel

Semalam, Razarudin mengesahkan akan menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan PDRM.

Beliau berkata hasrat itu turut didorong oleh permintaan ibunya, Rahmah Abdul Rahman, 86, yang menasihatinya supaya tidak menyambung kontrak demi memberi laluan kepada individu baharu.

Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau yang dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This