KEMPEN ‘Bersahur Bersama Seri-Aji’ yang dilancarkan jenama Seri-Aji di bawah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada Ramadan lalu meneruskan semangat memberi dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga yang memerlukan.
Ajinomoto dalam kenyataan memaklumkan, kempen ‘Bersahur Bersama Seri-Aji’ itu telah menjadikan setiap detik sahur lebih bermakna kepada komuniti.
Menurut Ajinomoto, dengan slogan ‘Sahur Seribu Kebaikan’, kempen itu menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai dengan cara yang ringkas namun bermakna.
Katanya, setiap penyertaan peraduan dan video resipi yang dikongsi di media sosial, sebanyak RM1 telah disumbangkan ke dalam tabung derma.
“Hasil sokongan padu daripada komuniti, Ajinomoto telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM20,000.
“Dana ini kemudiannya disalurkan kepada dua rakan strategik iaitu Yayasan MyKasih dan Yayasan Food Bank Malaysia bagi membantu keluarga yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Pengguna Ajinomoto, Lee Soon Howe memaklumkan, sumbangan itu bukan sekadar bantuan kewangan, malah simbol keprihatinan Ajinomoto terhadap kesejahteraan komuniti.
“Di Ajinomoto, kami percaya bahawa kesihatan adalah aset paling berharga dalam kehidupan.
“Pemakanan seimbang bukanlah satu kemewahan tetapi keperluan asas yang wajar dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.
Pada 18 Mei lalu, kakitangan Ajinomoto berganding bahu bersama Yayasan Food Bank Malaysia dan sukarelawan pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi bagi membungkus dan mengagihkan 100 set Kindness Basket.
Baca artikel lain: Ajinomoto, Leave a Nest Malaysia teruskan kerjasama lancar Science Castle Grant 2025
Syarikat itu memberitahu, setiap bakul mengandungi keperluan asas harian seperti beras, minyak masak, bihun, gula dan perencah Seri-Aji – bukan sekadar makanan tetapi tanda kasih dan nutrisi buat keluarga di Flat Dadimur, Kuala Lumpur.
Inisiatif itu turut mendapat sokongan daripada Persatuan Kebajikan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut memainkan peranan penting dalam membantu menjayakan proses pengagihan.
Sementara itu, separuh lagi daripada dana tersebut iaitu M10,000 telah disumbangkan kepada Yayasan MyKasih bagi membantu 66 keluarga mendapatkan keperluan dapur asas untuk tempoh dua bulan.
Ajinomoto memberitahu, sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan harian melalui akses kepada barangan makanan asas termasuk produk Ajinomoto seperti Seri-Aji.
Bagi membantu keluarga ini memanfaatkan bantuan dengan lebih baik, satu sesi taklimat khas telah diadakan pada 31 Mei.
Dalam sesi tersebut, penerima dibimbing mengenai cara penggunaan program dan senarai produk yang layak.
Selain itu, Ajinomoto turut mengadakan demonstrasi masakan menggunakan perencah Seri-Aji Nasi Goreng dan pes Tom Yam Seri-Aji yang menunjukkan hidangan seimbang serta lazat dapat disediakan dengan mudah hanya menggunakan beberapa bahan asas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

