SEMUA rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan meninggalkan negara tersebut dengan serta-merta memandangkan keadaan yang semakin meruncing.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, rakyat Malaysia dinasihatkan berbuat demikian melalui apa juga kaedah selamat dan tersedia.
Menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, situasi semasa di Iran adalah sangat tidak menentu.
Katanya, keadaan di negara berkenaan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.
“Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal sebagai keutamaan kementerian ini.
“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau rapi perkembangan keselamatan di Iran.
“Usaha ini telah dipertingkatkan susulan tindakan agresif rejim Israel terhadap Iran pada 13 Jun yang telah memburukkan lagi ketegangan secara ketara di rantau tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Iran sedia berhenti jika Israel tamatkan serangan ke atas Tehran
Pada masa ini, Wisma Putra memberitahu Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berterusan berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang telah berdaftar di Iran.
Kementerian Luar berkata, kesemua rakyat Malaysia itu telah disahkan selamat dan telah dinasihatkan untuk meninggalkan Iran dengan segera.
“Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran,” katanya.
Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606, +98 933 535 2602 atau menghantar e-mel kepada [email protected] / [email protected].
Alamat Kedutaan Besar Malaysia Tehran ialah No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

