MALAYSIA komited untuk memperluas jalinan strategik bersama rakan-rakan antarabangsa, termasuk Rusia, dalam bidang yang mampu membawa manfaat bersama serta menyumbang kepada pembangunan mampan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Rusia Ke Malaysia, Naiyl M Latypov di Menara PETRA, semalam.
Menurut Fadillah, pertemuan itu telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
“Ini khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang semakin mendapat perhatian global.
“Kami turut membincangkan persiapan awal menjelang lawatan kerja saya ke Persekutuan Rusia yang dijadualkan akan berlangsung dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

