Polis siasat bunyi letupan, gegaran di Ipoh pagi tadi

Dari Penulis

Polis sedang menyiasat dakwaan orang ramai mengenai bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar daerah Ipoh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya menerima maklumat atau laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita sedang siasat,” katanya ringkas.

Sementara itu, seorang penduduk di Klebang Harmoni dekat sini, Mohammad Danial Nordin, 36, berkata beliau yang secara kebetulan berada di rumah mendengar dengan kuat bunyi letupan berkenaan.

“Saya dengar bunyi seperti ada orang tutup pintu dengan kuat dan berlaku gegaran semasa kejadian.

“Memang misteri sungguh sebab bunyi yang sangat kuat dan berlaku gegaran,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurut hantaran dan komen-komen di media sosial, netizen mendakwa berasa gegaran di kawasan mereka termasuk di Chemor, Chepor dan Tanah Hitam kira-kira 10.30 pagi tadi.

Pada 21 Oktober tahun lepas, satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar bandar raya itu antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor dan Sungai Siput kira-kira 11.06 pagi yang disusuli dengan bunyi dentuman kuat.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh sehingga kini masih dikategorikan sebagai misteri, selain polis masih melakukan siasatan terperinci berhubung insiden itu.–Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This