SEORANG wanita warga emas maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 9.19 malam.
Beliau berkata siasatan awal bersama pasukan unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam sekeluarga.
“Mangsa seorang lelaki berusia 83 tahun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh manakala mangsa kedua wanita berumur 84 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Empat ahli keluarga lain berumur 18 hingga 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Baca artikel lain: Penunggang motosikal maut rempuh treler buat pusingan U
Abang Zainal Abidin berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam kenyataan berasingan berkata wanita warga emas yang maut ialah Salmiah Nyak Matt manakala suaminya Abdul Ghani Ngah kini dirawat di HRPB.
Beliau berkata empat mangsa lain terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.
“Seorang mangsa perempuan warga emas berusia 84 tahun telah disahkan maut di lokasi, manakala seorang lagi mangsa lelaki warga emas berusia 83 tahun yang berada di bilik atas mengalami sesak nafas dan dibawa ke hospital oleh EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan),” katanya.
Sayani berkata keseluruhan operasi tamat pada 2.02 pagi.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

