Iran berikan amaran kepada AS agar tidak terlibat dalam serangan Israel

Dari Penulis

MENTERI Luar Iran Abbas Araghchi pada Sabtu memberi amaran bahawa penglibatan Amerika Syarikat dalam serangan berterusan Israel ke atas Iran akan menjadi “amat malang” dan “sangat berbahaya untuk semua pihak”, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap kepada wartawan di Istanbul menjelang Sesi ke-51 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Araghchi berkata: “Diplomasi pernah berjaya sebelum ini, dan ia boleh berjaya sekali lagi. Tetapi untuk kembali kepadanya, serangan mesti dihentikan.”

Beliau menegaskan kesediaan Iran untuk berunding secara damai, sambil berkata: “Kami benar-benar bersedia untuk penyelesaian melalui rundingan, sama seperti pada 2015.”

Baca artikel lain: Penutupan Selat Hormuz jejas ekonomi dunia

Menteri itu turut mendakwa Israel menolak usaha diplomatik, dengan berkata: “Israel jelas menentang diplomasi.”

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa penghentian permusuhan merupakan prasyarat kepada sebarang kemajuan diplomatik.

Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Pihak berkuasa Israel berkata sekurang-kurangnya 25 orang telah terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat serangan peluru berpandu Iran sejak itu.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Iran, serangan Israel telah mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 lagi di Iran.

— BERNAMA-ANADOLU

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This