Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi – KSN

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi adalah antara tiga kementerian yang berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi dan telah diberikan sijil khas penghargaan atas kejayaan tersebut.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Kementerian Komunikasi telah berjaya meningkatkan kecekapan kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada tujuh hari dengan penjimatan kos beban peraturan sehingga RM2.4 juta per produksi.

“Ini sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan penggambaran antarabangsa,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa menerima sijil khas penghargaan tersebut daripada Shamsul Azri dalam satu majlis di Putrajaya semalam.

Bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Shamsul Azri berkata reformasi dicapai menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berjaya mempercepat kelulusan Perakuan Pelan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) daripada 28 hari kepada tiga hari.

Selain itu, beliau berkata JBPM berjaya mempercepat kelulusan perakuan pelan teknikal tidak bersistem daripada 30 hari kepada hanya tujuh hari.

“Penjimatan kos dan beban peraturan tahunan keseluruhan sebanyak RM1.776 juta dicapai melalui pengurangan prosedur serta pemerkasaan sistem e-premis dan pembinaan bank data raya,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya mengurangkan halangan dalam pembiayaan sektor aeroangkasa dengan penjimatan beban RM17 juta bagi 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga 30 peratus.

“Margin keuntungan kasar naik melebihi 20 peratus melalui automasi dan pensijilan sekali gus mengukuhkan rantaian bekalan dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Reformasi diperhebat, penambahbaikan dipergiat,” katanya.

Ketua Setiausaha KPKT Datuk Noor Azman Taib dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MITI M. Punitha Veni menerima sijil bagi kementerian masing-masing.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This