Amir Hamzah galas tanggungjawab sebagai Menteri Ekonomi 

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lalu.

Shamsul Azri yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025.

“Dengan mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri,” katanya.

Untuk redod, tanggungjawab baharu Amir Hamzah itu susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu, selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Rafizi dalam kenyataan pada 28 Mei lalu dilaporkan berkata, kekalahannya dalam pemilihan itu bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan PKR menjadi program kerajaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan...

More Articles Like This