PROGRAM BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan usaha kerajaan untuk mengotakan janji yang telah dibuat bagi membolehkan rakyat menikmati harga minyak antara terendah di rantau ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengakui, ia merupakan satu komitmen namun begitu beliau tidak dapat memberi jawapan selama mana program yang mendatangkan manfaat besar ini mampu bertahan.
“Hasrat kerajaan adalah untuk melihat program ini berterusan namun saya tidak boleh jamin ia akan bertahan untuk selama-lamanya.
“Namun begitu, dalam masa terdekat tak mungkin kami (kerajaan) akan tarik semula (program ini),” katanya dalam Taklimat Media Penyasaran Subsidi RON95 di Menara KWSP, hari ini.
Amir Hamzah berkata, BUDI95 bersandarkan kepada matlamat mahu menggembirakan rakyat Malaysia yang kini berdepan dengan pebagai tekanan dan kerajaan berjanji akan terus berusaha untuk mereka.
Baca artikel lain: Edar 100 kilogram syabu, dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
Pada masa sama, Amir Hamzah menegaskan bahawa penyasaran subsidi tidak akan memberi kesan ketara kepada kenaikan harga barangan di pasaran.
Beliau juga berharap agar kementerian terbabit melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan susulan program tersebut.
“Kerjasama antara kementerian seperti menjalankan pemantauan harga di pasaran turut membantu mengawal sebarang cubaan pihak tertentu menaikkan harga secara tidak wajar.
“Penguatkuasaan melalui pemeriksaan akan memastikan kestabilan harga terus terjaga,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

