Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan selamat menyambut Maal Hijrah 1447

Dari Penulis

SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah kepada umat Islam di negeri ini dan di seluruh negara. 

Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini, menyifatkan tahun baharu Hijrah ialah simbol kepada pengorbanan, ketabahan dan permulaan kepada perubahan yang lebih baik dalam kehidupan. 

“Tahun baharu hijrah merupakan saat yang amat penting dalam sejarah Islam. Ia bukan sekadar peringatan terhadap penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi lebih besar daripada itu,” titah baginda berdua. 

Baginda berdua menyeru seluruh umat Islam untuk bermuhasabah serta memperkukuh azam menjadi insan bertakwa dan bermanfaat kepada keluarga, masyarakat serta negara.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan seluruh rakyat di negeri ini diberikan keberkatan, kesihatan, keselamatan serta kekuatan iman dan perpaduan dalam mengharungi cabaran masa ini dan akan datang.

“Marilah kita jadikan tahun baharu Hijrah ini sebagai medan untuk memperkukuh ukhuwah islamiah, mempertingkatkan ilmu, dan memperkasakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,” menurut hantaran itu. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This