Kebakaran Bagan Datuk: Bantuan segera akan disalurkan kepada mangsa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BANTUAN segera akan disalurkan kepada semua mangsa kebakaran yang memusnahkan 23 premis di Kampung Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, Bagan Datuk, awal pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, setiap mangsa juga akan diberi perhatian dan sokongan yang sewajarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, pegawai daripada pejabatnya telah segera turun padang untuk menyantuni semua keluarga yang terjejas sejurus menerima makluman berhubung kejadian tersebut.

“Insya-Allah, bantuan segera akan disalurkan dan setiap mangsa akan diberi perhatian serta sokongan yang sewajarnya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Kebakaran Bagan Datuk: Api marak dengan cepat, mangsa tak sempat selamatkan barang

Sementara itu, Ahmad Zahid turut merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya pasukan bomba, anggota keselamatan dan para sukarelawan, yang terlibat dalam usaha menyelamat dan mengawal keadaan.

“Tindakan pantas dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan amat dihargai. Doa saya bersama semua mangsa. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini,” katanya.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, sebanyak 23 premis musnah membabitkan 19 rumah kelas B dan C yang masing-masing dianggarkan seluas 92.9 meter persegi, sebuah rumah ibadat bukan Islam, dua kedai makan dan sebuah kedai runcit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This