PENGARAH Pilihan Raya Bersama PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menimbangkan semula keputusan berundur dari Kabinet.
Beliau percaya masih ada ruang untuk Nik Nazmi memikirkan semula keputusan pengunduran itu kerana kebolehan dan bakat beliau masih diperlukan dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.
“Saya mengenali Nik sangat lama, masa saya Timbalan Ketua Pemuda, saya sangat kenal dia, seorang yang sangat berbakat, intelektual orangnya.
“Sistematik gerak kerjanya, namun dia pun memilih untuk berundur dan cutinya berakhir 4 Julai ini. Ada ruang sedikit ini, saya masih lagi berhasrat untuk beliau kembali menjawat kedudukannya.
Baca artikel lain: Malaysia amat perlu bakat, kepakaran teknikal dalam sektor tenaga – Fadillah
“Saya percaya Nik masih lagi ada ruang untuk menimbang dan memikirkannya. Saya masih boleh buat rayuan yang sama kerana saya tidak menyebelahi mana-mana DAMAI atau HIRUK,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Nik Nazmi yang dikaitkan dengan kem Datuk Seri Rafizi Ramli gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan parti bulan lalu.
Sebelum itu, beliau turut gagal mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Setiawangsa.
Susulan kekalahan dalam pemilihan di peringkat cabang dan Pusat, Ahli Parlimen Setiawangsa itu menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berkuat kuasa mulai 4 Julai ini.
Tindakan peletakan jawatan itu diumumkan Nik Nazmi sebagai menyusuli langkah Rafizi yang mengosongkan kedudukan sebagai Menteri Ekonomi susulan kekalahan pada pemilihan PKR.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

