Eh, kalau laju barulah cepat sampai…

Dari Penulis

Ada seorang petani yang mempunyai ladang kelapa, nun terletak di hujung kampung. Suatu hari, petani itu pergi ke ladangnya membawa seekor kerbau yang menarik sebuah gerobok kosong.

Sampai di ladang, si petani mengait buah kelapa lalu dimasukkan ke dalam gerobok tadi untuk dijual di pasar keesokan hari. Setelah penuh membukit gerobok itu, si petani pun bergerak pulang ke rumah bersama kerbaunya yang menarik gerobok berisi muatan kelapa itu.

Dalam perjalanan, si petani bertemu dengan seorang pemuda. Saja dia bertanya kepada pemuda tersebut, “Kau rasa berapa lama perjalanan aku untuk sampai ke rumah?”

Pemuda itu memerhatikan kerbau dan gerobok yang dipenuhi timbunan buah kelapa itu.

“Kalau kerbau ini berjalan perlahan, kau akan sampai sebelum matahari terbenam. Tapi kalau kerbau ini berjalan laju, kau akan sampai lewat malam,” beritahu pemuda itu.

“Eh, mana mungkin begitu. Kalau kerbau aku jalan laju, barulah cepat aku tiba ke rumah. Kau ni bercakap tak ikut logik akal,” marah petani itu kepada jawapan pemuda tadi.

“Ikut kau sama ada mahu percaya ataupun tidak,” jawab pemuda tadi dan berlalu pergi.

Geram dengan pemuda itu, petani tadi cuba membuktikan kata-katanya betul. Dia pun memacu kerbaunya supaya berjalan lebih pantas.

Namun, setiap kali dia memukul si kerbau supaya berjalan laju, tiap kali itu juga beberapa biji buah kelapa akan jatuh dari gerobok. Ini kerana gerobok itu hilang keseimbangan sehingga terhuyung hayang ke kiri kanan apabila kerbau yang menariknya cuba berjalan laju.

Dan setiap kali kelapa itu jatuh, petani itu terpaksa berhenti untuk mengutip semula buah yang jatuh di atas jalan. Begitulah seterusnya berulang kali sehingga petani itu tiba ke rumahnya. Saat dia tiba, hari sudah jauh berganti malam.

Barulah si petani percaya dengan kata-kata pemuda tadi. Kerana mahu cepat, dia sebenarnya telah membazirkan banyak waktu. Sedangkan jika dia bergerak perlahan mengikut langkah kerbaunya, pasti dia sampai awal ke rumah kerana tidak perlu membazir masa untuk berhenti dan mengutip buah yang jatuh.

Moralnya, terapkan kesabaran dalam apa juga tugas yang dilakukan. Jangan terlalu terburu-buru sampai akhirnya diri sendiri yang keletihan dan mendatangkan penyesalan. Begitu juga kalau nak cari calon madu, pun kena sabar juga. Ingat tu, he he he…

__

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bila nasihat tidak dihiraukan… Ayah sanggup tanam patung di kubur demi anak

“Aku cuma nak anak aku balik…” Itu luahan seorang ayah yang akhirnya menyesal seumur hidup selepas memilih jalan salah demi...

More Articles Like This